Wednesday, December 23, 2009

Azam 2010

22/12/2009   10.05pm

Hari ni aku tengok result aku selepas hampir sebulan aku submit industrial report. Pada mulanya, aku eruja mahu tahu macam mana kepuuusan aku. Sama ada bagus atau tidak. Ternyata untuk sem 7 (sem akhir) aku LULUS dengan baik. CGPA aku pun okay juga. Aku dapat 3.60 tapi ini tidak termasuk penilaian untuk sem 7. mungkin tidak sehebat kawan aku, Johan, tapi aku dah bertungkus lumus selama 2 ½ tahun ni untuk berjaya mendapatkan diploma. Memang tidak sia-sia la aku usaha selama ni.

Aku pun bersyukur pada Allah sebab aku dapat kolej dan pensyarah-pensyarah yang sangat baik dengan aku. Kawan-kawan pula akrab dan selalu tolong aku kalau aku susah.

Kadang-kadang, aku rasa aku yang selalu bagi beban untuk mereka semua. Tidak banyak yang ku boleh sumbangkan untuk kolej ataupun memberi bantuan pada kawan-kawan aku. Perangai aku ni, adakalnya aku sendiri tak faham. Bagi diorang pula, macam sudah kenal bertahun-tahun. Padahal baru juga jumpa pada awal pengajian. Pengalaman dengan diorang semua pun banyak.

Tapi aku tahu, tak semuanya kekal. Kita tidak boleh hidup pada masa silam saja. Kita harus look forward. Banyak lagi dugaan dan pengalaman yang perlu dilalui. Aku tidak boleh leka dan berasa senang dengan keadaan sekarang. Keluarga aku pun banyak bergantung harap padaku. Jadi, aku harus kuat dan berusaha untuk buat keluarga aku sentiasa gembira.

Tahun baru, azam baru, semangat baru, pengalaman baru…….. wah !!!! Tak sabar aku nak mulakan kehidupan aku di tahun 2010 !!!

Hm........ memandangkan aku duduk rumah ja pada ketika ini, aku patut kurangkan berat badan aku. Lagipun, banyak penyakit aku timbul kalau badan sudah terlebih berisi ni. Dulu, masa aku training di PLKN, aku sihat ja. Asma tiada, selsema pun kurang. Rasa bertenaga setiap masa. Tapi, sejak sudah tidak rajin bersenam, gain weight, lain pula jadinya. Nak juga jaga kesihatan diri. Jadi, keluarga aku tak payah nak risau sangat kalau aku sudah sambung belajar nanti.

Okaylah, ini adalah plan aku untuk 2010:

  1. Rajin bersenam dan diet untuk menjaga kesihatan aku.
  2. Dapatkan kerja before further study.
  3. Habiskan pembayaran tertunggak sebelum konvo.
  4. Apply MUET supaya aku boleh pass masuk U.
  5. Apply UPU. Aku target UNIMAS tapi option lain UMS, UITM dan tengok la apa lagi.. Tak nak MMU sebab kos sangat tinggi.
  6. Belajar habis- habisan untuk set parking pada sem 1 di U nanti.

Dan yang lain-lain bergantung dengan masa hadapan nanti.

Above all this, I just want to make everyone proud of me, my family happy and I could change my life better than now…

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments