Tuesday, May 31, 2011

Baru nak update??? alahai........

Hallooooo....
adei.... Baru aku sedar, dalam sibuk ke...tak sibuk ke.... Aku tak update blog aku. Kesiannnn..... Terabai... Sejak sambung study, aku ada banyak peluang nak tulis blog tapi tak pula aku buat.

Ni tengah cuti semester. EMPAT BULAN wei.....!!!!!!! Lama gila...huhuhuu

Aku tak berapa suka sebenarnya cuti panjang ni. Sedangkan masa study di kolej dulu, cuti semester TIGA MINGGU pun aku rasa seksa.......ini kan pula.............haiz...

Ni banyak ni nak cerita.... tapi aku akan bagi sub bab ja dulu. Tak best la post ni jadi rojak kan.... InsyaAllah aku akan cuba rajinkan diri tulis di sini. Maklumlah....cuti panjang..ekekekekekekeke..

1) Result Sem 1 dah kuar!!!!!!!!!!!!
2) Abang sepupuku kahwin~~
3) Cinta...Rindu...Harapan
4) Kebosanan melanda jiwa

Sunday, January 23, 2011

Main Aqua Bike...BEST....... plus: SAKURA GOT TALENT Session 2...

Macam sakai pula aku ni kan......macam ja sebelum ni tak penah main....hihihihihihii
Bagi aku la, best, kuar juga peluh.....excersice juga la.. macam main basikal biasa, cuma bezanya di air.

Hari ni pun aku main gak ngan member2....... asalnya nak main boling tapi dah tukar plan. Kebetulan kelas petang ni cancel..hehehehhehehehhehehhehhe... BEST oo UNIMAS.....ada kayak n aqua bike..... Aku nak belajar main kayak laaaaa........

Pastu nak p Wisma Seberkas, nak survay Printer.. Hari2 p print dekat kedai mana larat wei........ hari2 kuar duit p print, baik ada yg sendiri punya... tapi ni baru nak survey ja......

Rabu ni ada pertandingan peringkat kolej, Sakura Got Talent Session 2.. sem lalu dah penah buat. Kali ni diorang buat lagi. Aku pun ikut pertandingan tu. Tapi belum pick lagu.....huhu.... apapapun, wish me luck.... ;p

Pizza Hut, Spring & Kuching Waterfront

Best sangat Sabtu lalu.... Aku & my friends jalan2 d Kuching. Biasa la, release tension.... Baru abis hantar assignment jumaat lalu...rasa nak berkabung ja... assignment Calculus weiiiiii!!!!!!!!!!!!huhu

Malam sebelumnya lak, ramai2 makan dekat Pizza Hut, sambut birthday Wani, kawan baru aku yang baru kenal kat UNIMAS. Banyak member lain juga yang aku kenal malam tu (3 org jak pun...hihihii).

Hari ni, aku add diorang kat FB... Sesiapa yang aku tak ter'add' tuu sorry la ek........... oh ya, aku cerita pasal jalan2 di Kuching kan td...melalut lak.....

Sabtu tu ada event di Waterfront. Promosi motorbike.... Pastu ada tarian naga & singa. Kan tak lama lagi Chinese New Year..... Ada juga okestra, tapi tak sempat tengok coz nak balik dah. Di Spring lak, kami tengok wayang. "KHURAFAT" tajuknya. Best tuuu filem.... Sesiapa yang belum tengok lagi, cepat la p tengok.... bikin terkejut..... ada juga ku terteriak........huhuhuhu.........

Masa jalan2 tu, teringat ngan adik... biasanya kalau jalan2 gni, berkepit oooo...... She is my bestSIS ever!!!! Miss you Tqa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Okay la, apapa hal aku update lagi... Sorry la Blog, kau jarang update ko.....huhuhuhuhuhuhuhuuuuuu.....

Sunday, January 9, 2011

Second Week of Studies @ UNIMAS

I am happy:

1) Make a lot of friends
2) Becoming interest of my programme
3) Handle a lot of money...lol  (actually it's for fees for PERKEMA and T-Shirt from my batch)
4) Start to get MANY assignments and tutorials..........................(ops...wrong section...)


I am NOT happy:

1) NULL (yet!!!)

Saturday, January 1, 2011

Alhamdulillah... Selamat Sudah Aku Menjadi Warga UNIMAS.....

Syukur Alhamdulillah.... Impian aku nak masuk UNIMAS tercapai..... walauun program yang aku ambil masa ni tidak sama dengan kos diploma aku dulu, aku tetap bersyukur... rezeki aku di sini.

Kami baru sahaja menamatkan Minggu Aluan Pelajar. Rupa-rupanya kami adalh kumpulan pertama ambilan Disember 2010/2011....... Sebelum ni tiada... Jadi, ambilan kali ni tak seramai ambilan Julai.

Aku dapat ramai kawan-kawan dari Sabah, Sarawak an Semenanjung Malaysia. Sempat juga berkenalan dengan pelajar-pelajar senior. Ada yang masuk tahun kedua, tahun terahir, master dan PhD... Kebaikannya, mereka banyak beri panduan dengan aku dan rakan-rakan yang lain. Tips untuk memilih jadual kelas yang baik, apa yang penting untuk kos masing-masing dan sebagainya. Aku bersyukur dapat berjumpa dengan kakak-kakak senior dan abang-abang senior yang baik.....

Rakan sebilik aku belum datang lagi... Aku harap aku dapat rakan sebilik yang baik. Pelbagai andaian yang bermain di fikiran aku tentang bakal rakan sebilik aku ni.. Cuma yang ku tahu dia ialah senior aku....

Tidak lupa, keluarga ku yang banyak memberi antuan dari pelbagai segi...tanpa sokongan mereka, tak mungkin aku dapt jejak kaki ke menara gading. Saat aku hampir berputus asa, Allah mendatangkan Harapan kepadaku... Dalam konteks ini,Keluargaku... Walaupun pada awalnya ibuku agak menentang, tetapi dia redha.. ibu tahu pelajaran mesti diutamakan...... Terima kasih iuku... Keluarga ku ini juga termasuk saudara maraku, aku tak tahu macam mana nak balas budi mereka... Sampai bila-bila pun aku akan terhutang budi dengan mereka. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya... Kudratku sebagai manusia biasa, tidak mampu membalas jasa mulia mereka......

Sebelum aku pergi, aku sempat melawat kubur arwah Bapa... Aku hampir tidak dapat menahan sebak.. Aku tahu, aku harus kuat! Aku tidak boleh hanya terus meratap dan menangis... Tanggungjawab aku terhadap keluargaku sungguh besar... Aku tidak boleh lemah!

InsyaALLAH..... Aku akan berusaha supaya dapat membawa pulang segulung ijazah dan membawa harapan untuk keluargaku...Amin...

Intense Debate Comments