Monday, September 7, 2009

I FeEL......Aku Rasa

Salam Ramadhan....

Ada sesiapa yang TIDAK PERNAH rasa sakit hati dan kecewa kalau ditipu, difitnah dan dipermainkan...? Kamu sendiri tahu jawapannya bukan...

Saya tak nak menyebut nama sesiapa yang terlibat tetapi orang - orang ini telah menyakitkan hati saya dan insan-insan tersayang...

Mengapa?

Kerana harta dan wang ringgit!!!

Kamu tahu juga bukan apa yang sering dilakukan oleh orang yang punya hasad dengki dan tamak? Demi wang, sanggup tikam belakang, memburuk-burukkan orang lain dan yang paling kejam, menggunakan nama orang yang sudah meninggal dunia.. Jadi, bagaimana hendak mengetahui kesahihan cerita orang-orang durjana ini kalau begini jadinya?!

Sabar adalah separuh daripada iman.. Tetapi kita ni siapa? Kesabaran kita pun ada hadnya kalau perbuatan dah melampau...

Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni... Kena banyakkan bersabar.. Jadi saya berdoa kepada Allah agar sentiada memberi kekuatan dan kesabaran kepada saya dan insan-insan tersayang.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya..

Cuma yang pasti, belum tentu lagi orang - orang durjana ini dapat dimaafkan sebab perbuatan mereka terlalu pedih dan kejam buat kami. Tak mungkin kami bersedia melakukannya.

Mengapa? Sebab....

Kepercayaan kami terhadap mereka telah runtuh, ikatan ukhuwah antara kami dengan mereka mulai goyah...

Selagi perkataan 'MAAF' tidak terkeluar daripada mulut mereka, selagi mereka tidak menyedari perbuatan mereka dan bertaubat....Allah saja yang tahu apa yang bakal terjadi..

Allah akan membalas perbuatan orang-orang durjana ini seadil-adilnya... Kami hanya mampu berserah...

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments