Sunday, August 9, 2009

Virus H1N1.. ALERT!!!!!





Selesema babi (juga dikenali sebagai A (H1N1)) merujuk kepada
influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang). Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.

Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi wabak selesema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.
Wabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.[15]

Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selesema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selesema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selesema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selesema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka." Diagnosis bagi pengesahan selesema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).

Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .


Nasihat perjalanan ke negara yang terjejas teruk oleh H1N1:

  • Adakah anda perlu keluar negara?
  • Sebelum berjalan ke negara yang terjejas, ketahui mengenai risiko dan langkah mengelaknya. Beritahu mengenainya kepada mereka yang menyertai anda (anak-anak dan pasangan anda).
  • Pastikan insuran perubatan anda adalah terkini dan sah dan ketahui bagaimana menggunakannya. Anda perlu tahu cara mendapatkan bantuan kesihatan semasa perjalanan anda.
  • Anda patut mendapatkan nasihat kesihatan dan cara mengelak dan maklumat terkini dari Badan Kesihatan Sedunia ("World Health Organization - WHO").
  • Sekiranya anda tidak sihat, tangguh perjalanan antarabangsa anda.
  • Semasa mengembara di negara yang terjejas, elak daripada berada di kawasan ramai orang sekiranya tidak perlu.
  • Sentiasa amalkan teknik membasuh tangan secara kerap dan teliti.
  • Makan hanya makanan yang di masak dengan sempurna.
  • Setelah kembali perhatikan kesihatan anda salama 10 hari bagi sebarang symptom sebrlaku seperti demam, batuk, sakit kepala, dan sakit pada bahagian otot.
  • Bagi mereka yang menunjukkan simptom di atas selepas mengembara keluar negara, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
  • Dapatkan maklumat yang berkaitan dengan keadaan di negara tujuan sebanyak mungkin. (Pengumuman mengenai perkembangan terbaru penyakit)

sumber: www.wikipedia.com

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments