Sunday, August 23, 2009

Khas untuk Perempuan

Assalamualaikum wbt...

Pada kali ini, saya postkan khas kepada perempuan-perempuan di luar sana termasuk saya sendiri. Saya harap apa yang saya ingin luahkan hari ini tidak mengguris perasaan mana-mana kaum sejenisku.

Sebelum itu, saya ingin memohon maaf andai saya ada tersalah tutur kata dan perbuatan kepada sesiapa yang singgah ke blog ini.

Pagi tadi, saya mendengar ceramah di siaran radio dan penceramah tersebut membicarakan tentang perempuan. Beliau mengatakan "banyak kaum lelaki yang telah mencapai kesempurnaan namun kaum perempuan hanya sedikit sahaja bilangannya". Kesempurnaan yang dimaksudkan di sini adalah dari segi solat, ibadah, amalan dan lain-lain. Bukannya kesempurnaan sebagai seorang manusia. Kita sememangnya cukup sedar bahawa tiada manuasia yang sempurna. Saya tahu ini ditujukan buat kaum muslimah, tetapi di sini saya ingin memfokuskan kepada semua perempuan.

Persoalannya, "adakah perbuatan, amalan dan kelakuan kita, perempuan, sehari-hari berlandaskan agama dan kepercayaan masing-masing ataupun tidak?"

Saya sendiri binggung dan cuba memikirkan apa yang saya lakukan setiap hari. Saya akui, saya masih banyak kekurangan. Terlalu banyak. oleh itu, saya mesti memperbaiki kelemahan yang ada supaya saya dapat menjadi seorang muslimah yang bukan sahaja berjaya di dunia tetapi juga di akhirat, InsyaAllah.

Seperti yang diriwayatkan dalam Al-Quran dan Al-Hadis, terdapat banyak tokoh muslimah yang boleh dijadikan teladan untuk kita, kaum muslimah sekalian. Antaranya Siti Khatijah, Aisyah, Fatimah Az-Zahra dan lain-lain.

Mereka adalah contoh muslimah yang berjaya. Sepanjang hidup mereka, beribadat dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Siapalah saya hendak menghakimi orang lain? Setiap masa, saya melihat perempuan sebayaku mahupun yang lebih tua ataupun lebih muda, malah bukan saya sahaja, semua orang pun boleh melihat sendiri bukan? bagaimana cara mereka berpakaian, perangai mereka...

Seperti yang saya katakan, saya sendiri bukan juga sempurna. Kadang ada juga melakukan kesalahan. Ada masanya tidak disengajakan dan kadang kala disengajakan. Tetapi logikkah, kalau kita melakukan kesilapan yang 'tidak disengajakan' berulang kali?

Oleh itu, tidak kira muslim atau tidak, sama atau berbeza kaum dan budaya, kita harus sedar siapa diri kita, asal usul kita, adat kita. Peringatan ini adalah untuk saya sendiri dan juga kaum perempuan. Bukan cuma menspesifikkan kepada kumpulan tertentu.

Akhir kata, segala yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk datang dari diri kita sendiri.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments