Saturday, January 1, 2011

Alhamdulillah... Selamat Sudah Aku Menjadi Warga UNIMAS.....

Syukur Alhamdulillah.... Impian aku nak masuk UNIMAS tercapai..... walauun program yang aku ambil masa ni tidak sama dengan kos diploma aku dulu, aku tetap bersyukur... rezeki aku di sini.

Kami baru sahaja menamatkan Minggu Aluan Pelajar. Rupa-rupanya kami adalh kumpulan pertama ambilan Disember 2010/2011....... Sebelum ni tiada... Jadi, ambilan kali ni tak seramai ambilan Julai.

Aku dapat ramai kawan-kawan dari Sabah, Sarawak an Semenanjung Malaysia. Sempat juga berkenalan dengan pelajar-pelajar senior. Ada yang masuk tahun kedua, tahun terahir, master dan PhD... Kebaikannya, mereka banyak beri panduan dengan aku dan rakan-rakan yang lain. Tips untuk memilih jadual kelas yang baik, apa yang penting untuk kos masing-masing dan sebagainya. Aku bersyukur dapat berjumpa dengan kakak-kakak senior dan abang-abang senior yang baik.....

Rakan sebilik aku belum datang lagi... Aku harap aku dapat rakan sebilik yang baik. Pelbagai andaian yang bermain di fikiran aku tentang bakal rakan sebilik aku ni.. Cuma yang ku tahu dia ialah senior aku....

Tidak lupa, keluarga ku yang banyak memberi antuan dari pelbagai segi...tanpa sokongan mereka, tak mungkin aku dapt jejak kaki ke menara gading. Saat aku hampir berputus asa, Allah mendatangkan Harapan kepadaku... Dalam konteks ini,Keluargaku... Walaupun pada awalnya ibuku agak menentang, tetapi dia redha.. ibu tahu pelajaran mesti diutamakan...... Terima kasih iuku... Keluarga ku ini juga termasuk saudara maraku, aku tak tahu macam mana nak balas budi mereka... Sampai bila-bila pun aku akan terhutang budi dengan mereka. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya... Kudratku sebagai manusia biasa, tidak mampu membalas jasa mulia mereka......

Sebelum aku pergi, aku sempat melawat kubur arwah Bapa... Aku hampir tidak dapat menahan sebak.. Aku tahu, aku harus kuat! Aku tidak boleh hanya terus meratap dan menangis... Tanggungjawab aku terhadap keluargaku sungguh besar... Aku tidak boleh lemah!

InsyaALLAH..... Aku akan berusaha supaya dapat membawa pulang segulung ijazah dan membawa harapan untuk keluargaku...Amin...

Intense Debate Comments