Friday, January 8, 2010

Kenduri HAri Ahad..hehe

04/01/2010 11.56pm


Fuh…….! Kelmarin tak tau la nak kata penat or tak. Seharian di tempat kenduri. Kawan mamaku, ada buat kenduri kesyukuran. Jadi, pagi-pagi tu kami pergi sana la menolong beliau sebab majlis start after Zohor.



Masa adik aku nak berangkat pulang sebab nak gunting rambut, mak cik tak benarkan. Kan hari ni dah start sekolah. Hairan la kami. Jadi duduk ja lagi stay.



Yang bestnya, menunya ialah soto!!! Kebelakangan ni asyik makan soto ja. Tak suka sangat makan yang sup-sup ni tapi yan ni layan ja la. Sedap gak..huahuahua..... tak juga bertambah sebab nak makan makanan lain yang ada seperti buah tembikai dan kuih.. hehehehehe... orang kami ni cakap ‘rangka’, maksudnya kuat makan. Kalau boleh, semua la nak dimakan. Entah-entah dengan piring sekali masuk mulut...hahahahaha



Okaylah, tunggu punya tunggu, rupa-rupanya diorag nak buat birthday suprise !!! haha... hari tu adalah hari jadi abang ipar makcik... saudara mara masing-masing dah plan benda ni awal-awal lagi. Sekali lagi dapat makan kek dalam minggu ang sama.. hahaha.. Gembiranya !!!!!!!!!!!!!!!!



Sambil makan kek, kami tengok gambar-gambar semasa majlis pertunangan saudara makcik yang mama ada join sekali. Tengok semua hantaran pertunangan tu kan, rasa ingin sangat nak cepat-cepat dapat jodoh. Ops !!!!!!!!!! terlebih dah ni..haha... tak nak la.. umur masih muda. Nak menuntut ilmu lebih banyak dan tangung kehidupan keluarga dulu, baru boleh fikir pasal ni.. but who am I ????? I am just an ordinary girl with ordinary dream........ Memang tak lari la nak fakir pasal kahwin ni..hihihihihihi……



Kalau boleh, hantaran biar banayk coklat dan kek...hihihihihihihi... barangan macam minyak wangi, bedak, beg, kasut dan sebagainya tolak tepi dulu. Utamakan hantaran yang menyediakan makanan kegemaran dulu..hahaha……. tapi jangan dilupa sirih junjung.. adapt pun mesti didahulukan.. sambil gembira dah bertunang, perut pun gembira juga berisi makanan… kan??????????? Hahahahahahahaha… sudahlah..angan-angan tu angan-angan la juga… ni reality… tak leh asyik mengelamun ja….. huhuhuhuhuhuhuhuhu



Kemudian, tengok video semasa anak mak cik bertunang dulu. Sekarang dah kahwin dah. Ada anak lagi.. boleh dikira, mengimbas kenangan mani sebelum mendirikan rumahtangga.. hahaha…. Ada yang malu-malu bah…… lucu juga tengok.. adik-adik yang dah besar, dalam video tu masih kecil lagi. Yang dah kurus tetapi dahulunya chubby pun ada gak..hihihihihihihi.. nak melarka diri tapi tak dapat… hahahaha



Hm…….. dah berapa lama lepas tu, kami pun balik….. membawa seribu satu kenangan.. hehehehe

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments