Wednesday, July 28, 2010

Tak Dapat Masuk IPTA Pengambilan Pertama! FRUST!!!!

"Sakit hati ini
Bagai dihiris sembilu"

Teringat lak lagu kumpulan Scoin ni..huhuhu.. Tak sangka aku tak dapat masuk U. Antara semua yang apply dalam kelas aku, SEORANG ja yang dapat. memang rezeki dia la... Itupun lepas rayuan. Aku juga yang terkebil-kebil di sni. Nasib ada kerja. Leh la cover belanja rumah sikit. Tapi, bukan  kerja yang menjamin masa depan aku. Setakat gaji tak sampai RM500, nak buat simpanan pun susah.

Tapi NAWAITU aku, NAK STUDY SAMPAI DEGREE!!! Selagi aku ada WILL ni, aku memang nak sambung belajar. Cuma ada sedikit kesukaran dalam proses impian aku yang satu ni nak tercapai. Nak diterima masuk tuu yang masalah. Aku tak kira, aku akan apply sampai la aku dapat!!! Bagi Intake December 2010, aku akan apply lagi. Lepas tu aku pasrah ja. 

Kalau tak berjaya gak, mungkin memang bukan rezeki aku la tahun ni nak sambung belajar. Terpaksalah aku apply SPA atau online jobs yang ada and also apply di mana-mana di bandar. Kalau ada sesiapa yang ada informasi pasal kemasukan universiti ke, tips masuk U ke...apapa yang berkaitan dengan U, leh bagitau aku tak????? Aku betul-betul la berterima kasih kalau ada sesiapa yang sudi berkongsi maklumat atau pengalaman...Terima kasih!!!

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments