Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan Al- Mubarak

"Daun pandan hujungnya menyatu,
Sungguh cantik dibuat anyaman,
Bulan Ramadhan diambang pintu,
Salah dan silap mohon dimaafkan"


Ini adalah pantun yang diberi kepada saya ketika Bulan Ramadan tiba dan ini juga saya tujukan khas buat seluruh penduduk Islam di seluruh dunia. Menurut sahabat Facebook saya, dalam kumpulan Bidadari Muslimah, mengatakan bahawa Bulan Ramadhan ini banyak kelebihannya. Saya ingin kongsi kepada sahabat handai dan para pembaca blog mengenai hal ini juga. Selamat berpuasa...

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.



wallahua'lam

Wednesday, July 28, 2010

Tak Dapat Masuk IPTA Pengambilan Pertama! FRUST!!!!

"Sakit hati ini
Bagai dihiris sembilu"

Teringat lak lagu kumpulan Scoin ni..huhuhu.. Tak sangka aku tak dapat masuk U. Antara semua yang apply dalam kelas aku, SEORANG ja yang dapat. memang rezeki dia la... Itupun lepas rayuan. Aku juga yang terkebil-kebil di sni. Nasib ada kerja. Leh la cover belanja rumah sikit. Tapi, bukan  kerja yang menjamin masa depan aku. Setakat gaji tak sampai RM500, nak buat simpanan pun susah.

Tapi NAWAITU aku, NAK STUDY SAMPAI DEGREE!!! Selagi aku ada WILL ni, aku memang nak sambung belajar. Cuma ada sedikit kesukaran dalam proses impian aku yang satu ni nak tercapai. Nak diterima masuk tuu yang masalah. Aku tak kira, aku akan apply sampai la aku dapat!!! Bagi Intake December 2010, aku akan apply lagi. Lepas tu aku pasrah ja. 

Kalau tak berjaya gak, mungkin memang bukan rezeki aku la tahun ni nak sambung belajar. Terpaksalah aku apply SPA atau online jobs yang ada and also apply di mana-mana di bandar. Kalau ada sesiapa yang ada informasi pasal kemasukan universiti ke, tips masuk U ke...apapa yang berkaitan dengan U, leh bagitau aku tak????? Aku betul-betul la berterima kasih kalau ada sesiapa yang sudi berkongsi maklumat atau pengalaman...Terima kasih!!!

Monday, July 5, 2010

Penantian suatu penyeksaan...!

Argh!!!!!!!!!!!!!!!!! rasa macam tak sabar dah aku nak sambung study balik.... Permohonan aku nak masuk UPU dah gagal. Sekarang ni, tunggu rayauan lak... Kalau yang ni tak dapat, terpaksalah apply untuk hujung tahun ni... harapan aku besar nak sambung sampai ijazah. Ini gak harapan keluarga aku dan saudara mara aku... Aku tak samggup nak sambung di universiti swasta sebab menelan kos yang sangat tinggi. Belum masuk makan minum dan penginapan. Universiti tempatan adalah pilihan terbail buat masa ni. MUET aku lak masih lagi lum ada keputusannya. Berjeruk aku ni menunggu.. Maklumlah, calon persendirian.. tunggu surat dari kementerian la jawabnya...

Tapi kalau tak da rezeki aku tahun ni nak smabung belajar, kena la cari kerja dulu.. memang sekarang ni aku kerja, cuma aku nak cuba cari pengalaa yang lain lagi dan juga yang lebih menjamin masa depan aku. Zaman moden ni, susah nak cari kerja. Tapi masih juga banyak penggangur di luar sana. Memang memilih kerja kot....atau bidang yang diceburi dah memenuhi kehendak pasaran... aku pula menjurus dalam bidang telekomunikasi (kejuruteraan).. adalah peluang aku lebih cerah di bidang ni? ah!!! Aku tak peduli itu semua... Yang aku tehu, rezeki ada di mana-mana, cuma kita ja yang kena lebih berusaha. bak kata pepatah 'Rezeki tak datang bergolek', masakan bulan jatuh ke riba.....

aku harap korang yang baca blog aku ni pun tolong doakan yang aku dapat meneruskan hasrat aku ni... Amin.......

Monday, June 7, 2010

Lagenda Budak Setan.....

Macam tak percaya saja novel yang TERLARIS di Malaysia ni diadaptasikan sebagai sebuah filem..... Saya sanagt suka membaca novel dan novel 'Budak Setan' ni adalah salah satu novel MUST READ bagi saya. Malangnya, saya tidak pernah berpeluang membaca novel tersebut.

Jadi, petang tasi, saya dan dua orang adik saya pergi menonton filem tersebut. Ternyata filem tersebut boleh saya kategorikan sebagai seronok untuk dilihat. Saya tidak tahu sama ada jalan cerita filem tersebut betul-betul menyamai novel asal tetapi ianya agak menarik. (Ini cuma pendapat peribadi saya sahaja)..

Saya sebenarnya tidak begitu menyukai genre romantik, jadi, memang tak sah l kalau saya tidak menguap apabila saya menonton filem genre tersebut. Malang sekali, filem ini pun termasuk dalam genre tersebut, jadi, ada juga saya menguap SEKALI. Itupun pada bahagian pasangan kekasih sedang bercinta..

Saya juga tidak berpuas hati disebabkan keadaan sekeliling. Suasana si dalam pawagam bising. terdapat sesetengah penonton yang tidak menghormati penonton yang lain dengan membuat bising. masalah 'sound system' juga mengganggu konsentrasi saya. Jadi, saya tidak begitu menghayati filem tersebut.

Tetapi saya tetap sarankan kepada penggemar filem Malaysia untuk menonton kisah percintaan di antara Budak Setan dan si gadis Ayu....... saya juga tak sabar menunggu sambungan kisah mereka pa masa akan datang.... Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai 'Lagenda Budak Setan', sila cari di laman Google..hehe

Thursday, December 10, 2009

www.shakkir30.ning.com

hai everyone....

hehe...ever wondered why i put my title of story today is a website??? yes, a website.
this is a new website that i joined recently... this is created by my friend from India, Shakkir. I'm glad he add me as one of the web's admin... hehhehe.. Well, thank you so much, Shakkir!!!

Actualy, this is my first time.. I never manage any kind of that website before.. I usually manage my profile only at fb, fs, ms, tagged and here... So, I am a little bit excited!! lol

Anyway, anyone who wants to check it out, just visit www.shakkir30.ning.com

I am not try to push you to join.. I just wanna share what am I doing these days...

Well,m basically, I am very very bored right now. This is because I just finish my study in diploma, now I just have to wait for my results and convocation.... My friend said our result will be outnext week.. oh!!! I cant wait!!!!!!!!!!!!! I hope my CGPA will be ok...huhuhuhuhu

Looking for a job??? hm.... I think about it lately... but, I must take care of our home for now... also take care of my bro n sis.. My mum still have her final exam eventough she already convo..huhuhu....
hey!! My bro just came and tell me that he saw a shooting star... oh, I wish I could see it...huhuhuhuhu.. Make a wish!!!!!! hehhehehe

okay, thats all for now... chat again soon...hehehe..... Salam!!

Friday, October 23, 2009

Event kat Sabah Minggu ni... plus my story..hehe

Hari ni boooooooosaaaaaaaaaan sangat.,..... huhuhu
Ada juga buat report tapi mengantuk ni......
Entah la bila dapat siap... tengok la nanti.. kelam kabut ni...heehehehe...

So, its friday, which means, esok CUTI!!!!!!! huahuahuahuahuahua... tak sabar geng..hehehhe
Tapi ada keja juga kat umah... cuci kain........uhhhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu


Itu part bosan, sedih n apapa je la... tapi yang besh nyaaaaaaaaaaa......................

HARI AHAD!!!!!! ))))))))))

My friends and me will go to KOTA BELUD... ada Tamu Besar.... Tamu Besar KB ni salah satu event besar kat Sabah... Rugilah sesiapa yang terlepas peluang....huhuhuhu
Tapi, pada waktu yang sama gak ada event kat Kinabalu Park.. Ada Climbathon.... ertinya.....lumba lari naik and turun dari kaki gunung sampai la Gunung Kinabalu... Sesiapa yang interes nak join..silalah pergi ye... itupun kalau masih ada penyertaan.. Ataupun nak tengok Event tu sendiri, datanglah ke Sabah k......

Pastu, esok ada Pertandingan Kawat kat Padang Merdeka, Sabah... sesiapa yang berminat, silalh datang ye........

Ok la..... banyak lak Info yang aku bagi hari ni...hehe... bah, bayar services..hahahahhahahhaha......... acah ja..hehehe... wokei...bye2... c U....>;<

Intense Debate Comments