Showing posts with label azam. Show all posts
Showing posts with label azam. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

Tak Dapat Masuk IPTA Pengambilan Pertama! FRUST!!!!

"Sakit hati ini
Bagai dihiris sembilu"

Teringat lak lagu kumpulan Scoin ni..huhuhu.. Tak sangka aku tak dapat masuk U. Antara semua yang apply dalam kelas aku, SEORANG ja yang dapat. memang rezeki dia la... Itupun lepas rayuan. Aku juga yang terkebil-kebil di sni. Nasib ada kerja. Leh la cover belanja rumah sikit. Tapi, bukan  kerja yang menjamin masa depan aku. Setakat gaji tak sampai RM500, nak buat simpanan pun susah.

Tapi NAWAITU aku, NAK STUDY SAMPAI DEGREE!!! Selagi aku ada WILL ni, aku memang nak sambung belajar. Cuma ada sedikit kesukaran dalam proses impian aku yang satu ni nak tercapai. Nak diterima masuk tuu yang masalah. Aku tak kira, aku akan apply sampai la aku dapat!!! Bagi Intake December 2010, aku akan apply lagi. Lepas tu aku pasrah ja. 

Kalau tak berjaya gak, mungkin memang bukan rezeki aku la tahun ni nak sambung belajar. Terpaksalah aku apply SPA atau online jobs yang ada and also apply di mana-mana di bandar. Kalau ada sesiapa yang ada informasi pasal kemasukan universiti ke, tips masuk U ke...apapa yang berkaitan dengan U, leh bagitau aku tak????? Aku betul-betul la berterima kasih kalau ada sesiapa yang sudi berkongsi maklumat atau pengalaman...Terima kasih!!!

Monday, July 5, 2010

Penantian suatu penyeksaan...!

Argh!!!!!!!!!!!!!!!!! rasa macam tak sabar dah aku nak sambung study balik.... Permohonan aku nak masuk UPU dah gagal. Sekarang ni, tunggu rayauan lak... Kalau yang ni tak dapat, terpaksalah apply untuk hujung tahun ni... harapan aku besar nak sambung sampai ijazah. Ini gak harapan keluarga aku dan saudara mara aku... Aku tak samggup nak sambung di universiti swasta sebab menelan kos yang sangat tinggi. Belum masuk makan minum dan penginapan. Universiti tempatan adalah pilihan terbail buat masa ni. MUET aku lak masih lagi lum ada keputusannya. Berjeruk aku ni menunggu.. Maklumlah, calon persendirian.. tunggu surat dari kementerian la jawabnya...

Tapi kalau tak da rezeki aku tahun ni nak smabung belajar, kena la cari kerja dulu.. memang sekarang ni aku kerja, cuma aku nak cuba cari pengalaa yang lain lagi dan juga yang lebih menjamin masa depan aku. Zaman moden ni, susah nak cari kerja. Tapi masih juga banyak penggangur di luar sana. Memang memilih kerja kot....atau bidang yang diceburi dah memenuhi kehendak pasaran... aku pula menjurus dalam bidang telekomunikasi (kejuruteraan).. adalah peluang aku lebih cerah di bidang ni? ah!!! Aku tak peduli itu semua... Yang aku tehu, rezeki ada di mana-mana, cuma kita ja yang kena lebih berusaha. bak kata pepatah 'Rezeki tak datang bergolek', masakan bulan jatuh ke riba.....

aku harap korang yang baca blog aku ni pun tolong doakan yang aku dapat meneruskan hasrat aku ni... Amin.......

Monday, January 4, 2010

-2010- Akhirnya...........................

01/01/2010 8.12pm


Hm~ asyiknya dengar lagu OST My Girl…. Layan feel bah!!! Hehehe…

Alhamdulillah… Allh SWT panjangkan umur untuk teruskan hidup lagi dan dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi memulakan hari baru di tahun baru ni. Rasa macam sekejap ja masa berlalu kan? Maal Hijrah 1431H pun dah lepas…

Teringat pula pada yang dah tiada di dunia ni.. Mamatua, bapatua dan...bapa... tadi, kami lima beradik imbas kembali hari-hari sebelum bapa meninggal. Bermula sebelum masuk hospital sampailah masa arwah menghembuskan naas terakhirnya. Aku berpeluang melihat arwah pada waktu itu. Walaupun melihat keadaannya yang dah nazak, mama sudah menangis tersedak-sedak, saudara mara yang ramai datang (staff hospital pun terkejut sebab ramai sangat yang melawat arwah sampai tidak boleh masuk wad. Semua menunngu penuh debar di luar wad.), air mata aku tidak dapat mengalir pla. Aku tidak tahu sama ada aku kuat pada waktu atau sekadar ego ku. Apapaun, sememangnya telah aku duga, aku dah jangka hal ni tak boleh dielak. Ajal maut di tangan Allah yang Maha Esa, bapa dah tiada.. Sesungguhnya Allh lebih menyayangi arwah. Ini tahun kedua tanpanya... huhu..Mengapa aku cerita banyak pasal ni ??? Mungkin hati dah banyak menahan....

Hari ni sibuk membersihkan rumah, mencuci pakaian dan membuat kek keju. Ya, kami jual kek keju. Dulu jual ½ kilo (500g) saja. Tapi sekarang ada sekilo (1kg). Tapi yang menghairankan, kek yang dibuat idak sama seperti yang dijual di mana-mana kedai kek. Bentuk ½ kilo sama macam sekilo kek. Bayangkan yang sekilo....... macam dua kilo ooooO..... Jadi, terfikirlah pula. Betulkah kuantiti yang dijual di kedai kek tu? Atau kami yang ‘terlebih sudah’...macam Stacy la…hihihihi

Semalam kami sekeluarga dibelanja oleh Mak cik Norhaya, isteri kepada kawan arwah bapa. Pun suaminya sudah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum arwah bapa. Kami kenal dah lama. Mama dan Mak cik Norhaya pun dah macam kawan baik. Maklumlah, arwah suami pun masing-masing berkawan baik. Anak-anak pun (kamilah tu…hehe) dari kecil lagi, kawan sepermainan. Tapi bila dah besar, malu-malu kucing pula.. hhahahahaha… Ya la kan, takkan besar macam ni pun masih mau main kejar-kejar.. hehehe… boleh kira rezeki kami jugalah. Lepas tu, kena ajak oleh Babu osnah makan-makan dan baca doa selamat di rumahnya. Tapi mama tak ikut sekali. Mama ikut Mak cik Norhaya sebab esok mau pergi tempat orang bertunang di Tamparuli. Syok…….Makan soto. Sebenarnya aku tak minat makan soto tapi malam tu sedap pula rasa soto. Apa taknya, sambil tengok Boys Over Flowers.. hahaha... Bertambah selera makan ni.. hahaha….

Lepas tu, awal tidur pula. Malaslah nak berjaga sampai tengah malam sambut tahun baru. Tak ada faedah rasanya. Buang masa. Bagus lagi rehatkan badan yang dah penat bekerja di rumah seharian ataupun buat amal (yang rajin sangat la..)... hehehe.. Cuma susah nak lena sebab bunyi mercun dan bunga api di mana-mana.. Tak ada mood nak tengok… (walaupun cantik..huhu)

Okaylah, tangan pun dah letih nak menaip ni.. Sakit sebab banyak sangat pakaian nak diperah tadi. Kalau cuci guna mesin tak apa la. Ini semua guna tangan…huhuhuhu…

So, how was your NEW DAY in NEW YEAR? Wish you all the best for 2010…..!!!

Wednesday, December 23, 2009

Azam 2010

22/12/2009   10.05pm

Hari ni aku tengok result aku selepas hampir sebulan aku submit industrial report. Pada mulanya, aku eruja mahu tahu macam mana kepuuusan aku. Sama ada bagus atau tidak. Ternyata untuk sem 7 (sem akhir) aku LULUS dengan baik. CGPA aku pun okay juga. Aku dapat 3.60 tapi ini tidak termasuk penilaian untuk sem 7. mungkin tidak sehebat kawan aku, Johan, tapi aku dah bertungkus lumus selama 2 ½ tahun ni untuk berjaya mendapatkan diploma. Memang tidak sia-sia la aku usaha selama ni.

Aku pun bersyukur pada Allah sebab aku dapat kolej dan pensyarah-pensyarah yang sangat baik dengan aku. Kawan-kawan pula akrab dan selalu tolong aku kalau aku susah.

Kadang-kadang, aku rasa aku yang selalu bagi beban untuk mereka semua. Tidak banyak yang ku boleh sumbangkan untuk kolej ataupun memberi bantuan pada kawan-kawan aku. Perangai aku ni, adakalnya aku sendiri tak faham. Bagi diorang pula, macam sudah kenal bertahun-tahun. Padahal baru juga jumpa pada awal pengajian. Pengalaman dengan diorang semua pun banyak.

Tapi aku tahu, tak semuanya kekal. Kita tidak boleh hidup pada masa silam saja. Kita harus look forward. Banyak lagi dugaan dan pengalaman yang perlu dilalui. Aku tidak boleh leka dan berasa senang dengan keadaan sekarang. Keluarga aku pun banyak bergantung harap padaku. Jadi, aku harus kuat dan berusaha untuk buat keluarga aku sentiasa gembira.

Tahun baru, azam baru, semangat baru, pengalaman baru…….. wah !!!! Tak sabar aku nak mulakan kehidupan aku di tahun 2010 !!!

Hm........ memandangkan aku duduk rumah ja pada ketika ini, aku patut kurangkan berat badan aku. Lagipun, banyak penyakit aku timbul kalau badan sudah terlebih berisi ni. Dulu, masa aku training di PLKN, aku sihat ja. Asma tiada, selsema pun kurang. Rasa bertenaga setiap masa. Tapi, sejak sudah tidak rajin bersenam, gain weight, lain pula jadinya. Nak juga jaga kesihatan diri. Jadi, keluarga aku tak payah nak risau sangat kalau aku sudah sambung belajar nanti.

Okaylah, ini adalah plan aku untuk 2010:

  1. Rajin bersenam dan diet untuk menjaga kesihatan aku.
  2. Dapatkan kerja before further study.
  3. Habiskan pembayaran tertunggak sebelum konvo.
  4. Apply MUET supaya aku boleh pass masuk U.
  5. Apply UPU. Aku target UNIMAS tapi option lain UMS, UITM dan tengok la apa lagi.. Tak nak MMU sebab kos sangat tinggi.
  6. Belajar habis- habisan untuk set parking pada sem 1 di U nanti.

Dan yang lain-lain bergantung dengan masa hadapan nanti.

Above all this, I just want to make everyone proud of me, my family happy and I could change my life better than now…

Intense Debate Comments