Monday, January 4, 2010

Sibuk sibuk Kenang kenang

01/01/2010     2.18am


Penat betul hari ni.. Boleh dikatakan jadual hari ni dah penuh dengan agenda yang sebenarnya tak banyak (tapi panjang tempoh masa)…… semasa aku tulis ni pun aku baru saja selesai buat kerja.. Okaylah, ini agenda aku:

Kami sekeluarga pergi melawat kuburan arwah. Hari ni genaplah ulang tahun perkahwinan mama dan bapa. Kebetulan juga hari ini adalah hari jadi nenek kami yang ke-entah.. Alhamdulillah, panjang umur nenekku ni. Tapi nenek di Sandakan. Jadi tak dapat sambut sama-sama (itupun kalau diraikan). Masa kami datang di tanah perkuburan, ada sejambak bunga warna putih di atas kuburan bapa dan arwah saudara mara. Sudah tentu ada yang terlebih dahulu melawat sebelum kami. Rasa sedih juga apabila aku tengok kubur arwah. Mama...tak payahlah nak sebut.Memang tangkap nangis...huhu... Mudah-mudahan roh arwah tenang di alam yang satu lagi. Selain sedekahkan ayat suci Al-Quran untuk bapa, kami sedekah juga pada arwah saudara mara... arwah mamatua (sebelah bapa), arwah bapatua(sebelah bapa), pak cik, mak cik...................

Tadi pergi majlis hari jadi anak buah, anak kepada sepupu aku. Umurnya dah 4 tahun....hehehehe.... seronok bah !!!!!!!! banyak budak-budak kecil yang comel-comel.. geram betul tengok..hehehe..... terfikir pula, masa aku nak kahwin nanti mesti dah besar-besar diorang ni. Tak apa, boleh jadi flower girl aku..hehehe… hm~~ tapi kalau aku ada anak nanti??? Jauh beza umur.. (tak sangka fikir jauh sekali..hahahaha)…. Masa kami di sana, barulah tahu yang makcik aku yang pergi kuburan tadi… jadi beliau yang letak bunga-bunga tu di sana…… One mystery is solve….hihihihi

Tak lama lagi buka sekolah (minggu depan beb!!!!!), sepatutnya adik-adik aku yang dua orang ni yang sibuk mengurus barang yang hendak dibawa di sekolah nanti. Tapi aku pula yang sibukkan diri..huhuhuhuhu… lepas beli sedikit barangan sekolah, balik rumah terus aku mula sibuk. Paling lama aku buat ni la……! Membalut buku-buku teks diorang yang bertimbun.. Masa nak buka sekolah ni laaaaaa baru nak buat. Awal-awal dapat, tak pula buat.. huh..... ni laa yang aku baru habis buat tadi. Nasib baik adikku yang seorang ni tolong aku. Kalau tak, bercengkang mata la jawabnya. Adik aku yang nak mula sekolah ni balik, tengok ja sambil tengok movie... cit !!!! Cuma, sempat jugalah masa aku membalut tuuu tengok Redline, Tokyo Drift dan I’m Not Single... hahahaha..... esok lagiiiiiii la.... urus pakaian sekolah diorang.. nak tampal lencana la.....dan macam-macam lagi.

Buku paling akhir yang aku balut Antologi ‘Seuntai Kata Untuk Dirasa’. Huh..walaupun hanya buku teks tapi tetap mengimbau banyak kenangan masa aku Tingkatan Dua dulu. Dalam buku ni ada tiga drama. Dua daripadanya kami lakonkan. Tapi untuk kelas kami saja la. Cikgu nilai dan bagi markah untuk sesiapa yang memegang watak di dalam drama yang dipersembahkan. Dua buah drama tu adalah drama ‘Angin’ dan ‘Buyung’.

Bagi drama ‘Angin’, aku memegang watak utama iaitu Si Angin. Aku betul-betul tak sangka pula..hehehe.... dah jadi watak utama, memang seksa la menghafal skrip. Sampai di rumah pun bercakap menghadap cermin. Aku tak peduli adik-adik aku ketawakan aku..hihihi… Komitmen terhadap tugas yang diberikan la katakan..(bangga la konon..haha)…. Alhamdulillah, aku dapat lakonkan dengan baik….

Bagi drama ‘Buyung’ pula, aku memegang watak Permaisuri… ewah-ewah…..first time ni jadi Queen..hahaha… Awalnya aku diberi watak Puteri tetapi memandangkan aku lebih sesuai menjadi Permaisuri, jadi kami tukar watak..(memang aku ni ada rupa Permaisuri ke????hahahhaahaha.. perasannya…….hahahahaha)… lepas kami buat persembahan untuk kelas kami sahaja, kami bergabung pula dengan kela yang satu lagi tetapi mempersembahkan drama yang sama. Cikgu ada juga bandingkan persembahan antara dua kelas ni dari segi lakonan dan penghayatan…. Malu jugalah pelajar lain tengok.....apatah lagi kami masing-masing memakai pakaian yang sesuai dengan watak. Aku pakai baju kahwin mama aku.....huhuhuhuhu.... tak sangka boleh muat ooOO...hihihihihi..... Alhamdulillah, okay jugalah lakonan kami semua..hahaha...

hm~~memang banyak kenangan la pasal buku ni...... Cuma tak kesemuanya yang aku ceritakan..hehehehe....(maklumlah, banyak juga yang aku dah lupa..huhuhuhu.. Pelupa betul juga aku ni..huhuhu)

dah lah, jam 2.15am ni.... pagi nanti ada banyak lagi kerja rumah yang perlu diselesaikan. Lepas tu pergi kenduri... nanti-nanti ja la aku cerita lagi.. ni dah panjang lebar dah ni..hihihihi.... –out-

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments