Saturday, January 16, 2010

An Interview, A Form, A Story

huhuhuhu... it's been a while I didn't post anything here... my second blog to I haven done anything to it yet... well, today I just want to tell what I had think in tihs moment.. If not, what else I'm gonna talk about......

I had my FIST INTERVIEW last Monday!!!!!!!!!!!!!!! oh gosh!!!!!!!!!!!!!!!! I don't think that they will accept me. why? I didn't talk what I should said and less respond to them.. oh well, at least now I know how the interview looks like..hehe.. next time I will be more prepare........... Chaiyo!!!!!!!!!!!!!

Yesterday is the last day subsitute teacher form submission.. Guess what... I didn't manage to do that!!!!! It was few minutes before the office closing hour, by the time I arrived there, they said "Sory, we don't accept that form because we already sent it for processing...'   Depression!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Okay, this is a story that I made few months ago.. this is nothing to do with anyone.. Just my pigment of imagination..............................(It is in Malay..of course...hehe)



MASIHKAH ADA BAHAGIA UNTUKKU?


Buk!! Buku-buku ku habis bertaburan di lantai. Aku mengusap-usap kepalaku yang sakit.

“Maafkan saya. Saya tak sengaja.” Kata pelajar lelaki itu.

“Tak pa.” balasku.

Di situlah permulaan bagi aku dan dirinya. Mula-mula hanya sebagai kenalan sahaja, lama kelamaan kami menjadi sepasang kekasih. Setiap kali ke sekolah, kami bersama. Begitu juga pada masa rehat dan sewaktu pulang. Boleh dikatakan kami seperti belangkas, asyik berkepit sahaja.

Semakin hari peraan ku kepadanya bertambah kuat. Aku semakin sayang padanya. Sehingakan aku sanggup melakukan apa sahaja untuknya. Hinggakan aku sangup melakukan perbuatan terkutuk bersamanya. Tanpa mengira waktu, bila-bila sahaja kami diselubungi hawa nafsu.

Tanpa disedari, hubungan kami berlanjutan sehingga ke Tingkatan Enam.

Kawan-kawan rapatku pula sering menasihatkan aku supaya jauhkan diri darinya.

“Yana, aku tak main-main. Aku nampak sendiri Iwan dengan perempuan lain Sabtu lalu,” kata Erra, sahabatku yang setia sejak kami masih tadika lagi.

“Kau jangan cakap sembarangan. Walaupun kau kawan aku, kau tak patut cakap begitu!” marahku membuak-buak. Aku dah serik orang asyik berkata buruk tentangnya.

“Sebab kau kawan akulah aku nak kau berpisah dengan dia. Aku rasa dia cuma mempermainkan kau saja. Tau tak, mereka berpeluk-peluk dan berkelakuan tak senonoh depan orang ramai. Dia orang tak baik, Yana;”

“Kalau dia mainkan aku saja, mengapa kami boleh bersama selama 3 tahun, huh?! Kau tahu kan yang aku sayangkan dia. Kau jangan nak merosakkan hubungan kami. Betul cakap Iwan, awak ni Cuma nak pisahkan kami saja!”

“Yana, kau lebih percayakan dia berbanding aku? Kita kawan dah lama, Yana. Aku tahu kau macam mana orangnya dan kau pun sama, kan? Kau tahu aku takkan buat begitu,”

“Habis tu, kawan apa yang sanggup khianati kawannya sendiri?!”

“Apa? Aku tak percaya kau begini. Gara-gara lelaki tak guna tu kau buat aku macam ni. Dah la. Aku malas nak berteka dengan kau lagi. Kalau ada apapa yang terjadi kelak, kau jangan menyesal!”

“Ah! Sudah! Mulai hari ni, kau bukan kawan aku lagi!”

Aku tak sangka aku boleh kehilangan kawan kerana seorang lelaki. Selama ni, susah senang aku Erra yang sering di sampingku. Kini, tiada lagi. Tapi, salahnya juga. Mengapa dia tak faham perasaan aku? Aku betul sayang dengan Iwan.

Tak apa la, yang penting, aku tak kehilangan dia.

“Apa?! Putus hubungan?! Mengapa?!”

“Kau tahu kan yang hubungan begini takkan berpanjangan? Lagipun, aku dah jemu asyik tengok muka kau ja. Kau pun dah tak menarik, dah tak seronok lagi”

“Hanya sebab tu saja? Tak masuk di akal. Iwan, jangan buat begini! Aku betul-betul sayangkan kau, Iwan.”

“Hei perempuan! Sedar sikit, kita ni masih muda lagi. Aku tak nak sia-siakan hidup aku asyik dengan orang yang sama ja.”

“Iwan! Kau tahukan apa yang kita buat selama ni. Kau lah lelaki pertama dan terakhir bagi aku. Aku sudah serahkan semuanya pada kau. Macam mana kalau terjadi apa-apa? Malulah aku nanti, Iwan”

“Habis, kau nak apa dari aku?! Kau nak aku bertanggungjawab? Sorry la, aku tak nak. Itu kau punya pasal la! Tau tak, kau tu cuma mainan masa aku bosan ja,”

“Tak guna! Aku tak mahu tengok muka kau lagi! Pergi!”

“Aku lagi tak nak!”

Dia berlalu pergi tinggalkan aku begitu saja. Di sebalik semak, sedang aku hanya separuh bogel sahaja. Saat dia puas melayan nafsunya, aku dibuang begitu sahaja. Aku betul-betul rsa terhina. Ternyata kata-kata kawanku selama ni benar. Aku hanyalah alat mainan baginya. Mengapa aku tak sedar selama ni?

Esoknya, aku langsung tak berjumpa mahupun melihatnya di sekolah. Joe memberitahu yang Iwan dah pindah. Tapi tak diberitahu ke mana. Joe memberitahu lagi, dia akan ditunangkan dengan anak sahabat ayahnya, yang juga merupakan rakan kongsi syarikat ayahnya selepas dia tamat pengajian kelak. Tambahan lagi, gadis yang bakal ditunanginya merupakan pelajar terkenal di sebuah sekolah elit. Malahan menjadi pujaan setiap lelaki. Selepas mereka kahwin, mereka akan mewarisi syarikat ayah mereka.

Sungguh aku tak menyangka, rupanya inilah sebabnya dia putuskan hubungan kami. Aku tahu kami tak setaraf, hidup dalam keadaan yang sederhana saja. Tapi aku tak ingat kami boleh harunginya. Tapi ini yang terjadi.

Sakit hati aku tak kepalang. Aku tak percaya bahawa aku mensia-siakan hidup aku selama ini hanya untuknya. Malah, aku telah kehilangan sesuatu yang amat suci dan penting bagi seorang perempuan.

Cukuplah apa yang terjadi. Aku tak mahu mencinta lagi. Aku tak sanggup menghadapi perkara yang sama buat kali kedua. Mulai hari itu, aku telah tutup pintu hatiku untuk lelaki lagi.

“Yana, janganlah sedih okey? Kan tinggal sebulan lagi STPM. Kita kena fokus, faham?” Joe cuba menenangkan hatiku.

Selain Erra, Joelah rakan rapatku sejak sekolah rendah lagi. Setiap masalahku aku luahkan padanya. Dia tak pernah jemu mahupun mengeluh pabila bersamaku. Selepas aku tak bertegur dengan Erra lagi, dialah satu-satunya sahabatku yang tinggal. Tambah lagi, Erra dah melanjutkan pelajaran ke matrikulasi tahun lalu.

“Thanks, Joe. I’ll be just fine. Jangan risau, okey?”

Kami bergerak ke kelas apabila mendengar bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah tamat.

************************************************************************

Hari itu, aku rasakan badanku lemah, rasa tak berdaya. Aku mengulang kaji pelajaran di bilikku pada masa itu. Maklumlah, peperiksaan STPM tingal dua hari lagi. Aku hentikan membaca. Aku dah tak tahan lagi.

“Mak, Yana rasa tak sihat.”

“Kan mak dah cakap, belajar tu belajar juga. Tapi kesihatan perlu dijaga juga. Marilah, mak bawa Yana jumpa doktor,”

“Abahnya, jom lah kita bawa anak kita ni ke klinik. Nampak teruk dah sakit anak kita ni” kata mak kepada abah yang khusyuk membaca surat khabar.

“Ye lah, maknya”

************************************************************************

“Yana, baik kau bagitau abah siapa si bangsat tu! Jangan nak berselindung dari abah.”

“ ye nak. Bagitau mak dan abah, siapa yang buat anak mak begini. Anak siapa tu nak?” ibuku menangis teresak-esak. Dia cuba memujukku.

Aku pula tak mampu berkata-kata. Aku terlalu takut melihat reaksi ayahku. Sejurus doctor mengesahkan aku mengandung 2 bulan, ayahku diam sahaja. Ibuku dah mula menangis dan asyik menanyakan bapa kepada kandunganku.

Apabila sampai di rumah, barulah aku melihat ayahku mengamuk. Meradang dan menyumpah lelaki yang membuatkan aku begini. sedangkan mereka tak tahu, aku yang merelakan segalanya. Menghalalkan perbuatan yang haram. Semuanya salahku. Tak dapat megawal nafsuku, inilah akibatnya. Lelaki yang dicintai pun telah pergi meninggalkanku. Bagaimana aku nak bagitahu mereka?

Tanpa memberi sebarang penjelasan, aku berlari ke bilikku lalu menguncikan diri. Aku terlalu takut dan sedih. Aku tak berfikir akan jadi begini. apa yang harus aku lakukan?!

Lantas, aku mencapai telefon bimbitku di atas meja dan mendail nombor.

“Hello, Joe?.”

“Hello, Yana. Kenapa ni? Suara mu lain macam saja.”

“Aku….aku.. isk isk… tolong aku Joe….”

“Yana, kenapa ni?! Apa yang terjadi?!” suara Joe kedengaran resah.

“Aku mengandung, Joe. Aku tak tahu nak buat apa.”

“Apa?! Kau…. Anak si Iwan kan?!”

“Y…ya…”

“Astaghfirullahalazim… Yana, mengapa jadi begini? apa kau kata dengan mak bapa kau?”

“Aku belum beri penjelasan pada mereka lagi. Aku tak tahu nak cakap apa. Joe, tolong aku.”

“Tak apa, Yana. Kau tunggu di sana saja, okey? Aku datang ke rumah kau.”

“Apa kau nak buat, Joe?”

“……” talian terputus..

Joe tak dapat dihubungi apabila aku cuba mendail nombornya lagi. Tapi aku tetap ikut nasihatnya. Aku tunggu sehingga Joe datang.

************************************************************************

“Aku terima nikahnya, Azliana Binti Azan dengan mas kahwin RM88 tunai,”

Kompang berpalu seiring dengan keriuhan tetamu yang hadir. Semua kelihatan gembira melihat dua orang disatukan pada hari tersebut. Terutama sekali kedua mempelai. Kelihat begitu girang dan terharu melihat anak mereka menjadi pasangan suami isteri dan bakal memdirikan keluarga kelak.

“Mengapa kau sanggup buat begini?” ujar si isteri apabila mereka masuk ke dalam bilik.

“Buat apa?”

“Joe, mengapa kau sanggup kahwin dengan aku? Lagipun, aku dah tercemar. Aku bukan perempuan suci lagi. Mengandung lagi.”

“Yana, sebelum kahwin sampai sekarang kau asyik tanya soalan yang sama saja. Kan aku dah kata, aku sayangkan kau. Aku dah lama menaruh hati dengan kau sejak di bangku sekolah lagi. Kau saja yang tak menyedarinya dan aku taknak kau tahu. Aku takut kau tidak mahu berkawan dengan aku lagi.”

“tapi aku…”

“Yana, lupakanlah yang lalu. Aku sanggup terima kau dan anak ini. Aku tak kisah. Aku akan jaga kau dan anak ini. Anak kita. Biarlah kita saja yang tahu rahsia ni.”

“Joe, hati aku masih belum bersedia lagi..”

“Aku tahu. Aku akan tunggu, Yana,”

Joe memeluk aku dengan erat sekali. Pelukan yang hangat dan lembut dari suamiku. Aku tak menduga Joe yang menjadi pasangan hidupku. Semua ini terjadi apabila dia datang bersama kedua orang tuanya meminta keizinan untuk mengahwiniku. Dia mengaku bahawa anak yang dikandung adalah anaknya dan dia sanggup bertangungjawab. Ayahku langsung bersetuju dan menetapkan perkahwinan kami seminggu selepas tamatnya peperiksaan STPM.

“Sampai bila kita nak sembunyikan hal ni, Joe?”

“Yana, sudahlah. Anak ini adalah anak Joe dan Yana, okey ? “

Aku hanya diam. Aku hanya menurut katanya.

Aku juga gembira hubungan dengan Erra kembali erat. Apabila dia mendengar aku bakal berkahwin, dia pulang dari tempat pengajiannya untuk menemuiku. Semestinya kami mejelaskan segalanya kepadanya. Awalnya dia terkejut tetapi dia turut bergembira untuk kami berdua.

Aku tak tahu bahawa aku begitu buta selama ini. Orang yang dicari-cari rupanya berada di sampingku selama ini. Mungkin aku belum dapat memulihkan luka di hatiku. Tapi, naluriku dapat merasakan bahawa Joe, suamiku, adalah lelaki yang akan membahagiakan hidupku dan anak aku. Aku harap yang aku akan dapat menyayanginya dan mencintainya seperti mana perasaannya terhadapku.

Aku cuma berdoa supaya rumahtangga kami utuh dan bahagia sampai ke akhir hayat dan wujud perasaan cinta ku untuknya.

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments