Thursday, October 8, 2009

Cantiknya Seorang Wanita..

Kawan saya email saya ini..... jadi saya rasa tak salah untuk dikongsikan untuk orang ramai.. khasnya wanita/perempuan/gadis dan sesiapa yang sedar akan dirinya...hehe...


Cantiknya seorang wanita itu



Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis

bukan kerana merah kilau lipstik

pada bibir mekar senyum kosmetik




Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja

tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa

tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam

Cantik seorang wanita itu, sebagai anak

tidak menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri

merempuh badai di sisi suami

Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu

menjauhi persekongkolan ipar lamai

Cantik seorang wanitaitu, sebagai ibu

membuai anak, kala suami menjalin mimpi

Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua

telus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek

menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit

Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara

peka membela nasib dan maruah negara

Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua

menghitung hari dengan selembar mashaf

Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis

menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah

mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments