Bulan puasa kali ni aku rasa seronok sangat.... Aku dapat jumpa keluarga angkatku di Kota Belud.. Dah lebih setahun aku jumpa diorang.. Apatah lagi mau hubungi mereka, aku hilang nombor telefon diorang selepas telefon bimbitku kena curi..huhuhu
Aku ke KB dengan kawanku, Syakirah..ala..yang nyanyi Hips Dont Lie tu ke?? Tidak!!haha.. Dia kawan sama belajar dan praktikal sekarang ni. Dia juga sama macam aku, mengikuti PJKN dan juga ada keluarga angkat di sana. Kami dan ibu angkat Syakirah ke KB naik van tau.. Alih-alih, yang jadi pemandu tuuu cikgu PLKN ku dulu. Ya, aku peserta PLKN kumpulan 2 siri 4/2007. heheh...bangga lak.. En Ahmad Tajuddin namanya..ewah.. Dia Ketua Jurulatih di Kem Kubena Sipitang pada masa itu. Ini hanya kerja sampingannya sahaja. sepanjang perjalanan, tak dapat tidur...malu eh... duduk depan lagi tu.. 'Jangan cuba mau lari dari cikgu a..'.. kalau cikgu cakap camtu pa leh buat kan....nasib badan....... oh ya, aku ke sana hari Sabtu lalu.
Pemandangan sepanjang ke KB pun cantik juga ooo. Bukit bukau, kawasan jelapang padi jadi tatapan utama. Lebih-lebih lagi masa tiba di sana. ada juga ambil gambar sedikit.. jadi fotografi jap..heheh.. tapi aku tak dapat post di sini hari ni, lum masukkan dalam laptop ni lagi. nanti-nanti lah a...
Tak pa lah, biar aku buka alkisah lu..Aku jadi keluarga angkat Pn Hjh Sitrah semasa aku mengikuti Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) dan tinggal di rumah diorang mereka selama dua malam. Walaupun tidak lama tapi aku sudah menganggap diorang seperti keluargaku sendiri. Tidak salah bukan untuk mengeratkan silaturahim? kan kan kan...hehehe
Keluarga angkatku adalah keluarga yang besar. Ibu angkat dan sebelas orang anaknya. Suami ibu sudah meninggal dunia. Oh ya, saya membahasakan diri beliau sebagai 'ibu'. Ibu dan anak-anaknya baik sekali denganku. Aku dapat rasa yang aku juga sebahagian daripada diorang . Mereka adalah suku kaum Bajau. Jadi, kalaulah aku lama di sana, mesti aku boleh belajar sedikit bahasa mereka..hehehe.. Aku juga gembira sebab aku juga berkesempatan merasa mempunyai seorang kakak angkat OKU. Jangan salah sangka tau, aku gembira sebab melalui ini, aku serba sedikit menyelami kehidupan seorang OKU. Serta belajar untuk hidup bersama golongan ini. Aku dapati golongan OKU patut diberi perhatian penuh dan disayangi sepenuh hati. Tetapi aku bangga kerana kakak angkatku ini mampu berdikari. Dia tahu mengemas diri, memasak dan sebagainya. bangga bukan kepalang lagi aku.. kembang kempis sudah hidung ni... xp
Aku dapat berbuka puasa dan bersahur dengan mereka. Walaupun cuma untuk satu malam sahaja. Makanan yang disajikan pun amat menyelerakan. Macam jalan jalan cari makan lak..hehe..Terubat juga rindu pada keluarga tersayang. (Baru satu malam...hehe.. anak mama juga aku ni eh.......huhuhuhuhu)
Pada pagi Ahad, Kak Utih, kakak angkatku juga, bawa aku dan tunangnya ronda Kota Belud. Kami juga singgah ke Tamu KB. Aku suka betul, barangan yang dijual kebanyakkannya murah-murah. Apa lagi, aku pun mengambil kesempatan untuk membeli ole-ole.. hehehe.. Siapa taknak barang harga murah ja...yang ori beb!!
Macam-macam aku beli..kerang, serai, ubi manis dan banyak lagi. Bukannya semua tu tak ada di Papar, cuma harganya murah dan kuantitinya lebih banyak. Sendiri juga senyum lebar..heheh
Selain itu, ibu juga bagi pisang yang diambil dari kebunnya, mangga dan kain kurung untuk mamaku. Ibu juga memberi ku duit belanja, aku tu duit raya ye..hehe
Beerti, barang-barang aku bertambah banyak. adui na...tak cukup tangan ni nak bawa.mampus.. Nasib baiklah ada Syakirah. Dia tolong angkat barang-barang aku juga. Kaulah penyelamat aku.....hahah
Inilah jadi kalau kita melawat ke mana-mana. Pergi sikit ja dibawa, balik berlambak-lambak..haha
Cuma aku rasa segan sebab ibu bagi banyak sangat, aku cuma beri buah tangan untuk mereka satu saja, kacang cornflakes buatan mamaku..huhuhu
Tapi kan..dalam syok2 happy, ada juga malang nasib ku ni... masa aku tengah sibuk tolong cuci pinggan mangkuk, hp aku lak habis basah.. Rosak!!!!!! Dah la adikku punya tu... Ye la, dah hp sendiri dah takda.... apa mau jadi la sama aku ni.... memang tak boleh pegang hp mungkin..huhuhuhuhu. nasib baiklah, ada superhero aku, Syakirah..jeng jeng.. Dia bawa dua hp, jadi dia pinjamkan lah satu tuk aku..hehhehee.. muka tembok eh aku ni..
hm...Sedih juga la tak dapat lama-lama di sana. Aku masih perlu teruskan praktikal ku. Kalau tidak...hehehehehe
Walau apapun, mungkin hari raya ni aku dan Syakirah akan ke sana lagi, InsyaAllah, bawa sekali teman-teman yang ikut PJKN dulu.. Lagi ramai lagi syok, Lagi gempak..hehe
No comments:
Post a Comment