Wednesday, July 28, 2010

Tak Dapat Masuk IPTA Pengambilan Pertama! FRUST!!!!

"Sakit hati ini
Bagai dihiris sembilu"

Teringat lak lagu kumpulan Scoin ni..huhuhu.. Tak sangka aku tak dapat masuk U. Antara semua yang apply dalam kelas aku, SEORANG ja yang dapat. memang rezeki dia la... Itupun lepas rayuan. Aku juga yang terkebil-kebil di sni. Nasib ada kerja. Leh la cover belanja rumah sikit. Tapi, bukan  kerja yang menjamin masa depan aku. Setakat gaji tak sampai RM500, nak buat simpanan pun susah.

Tapi NAWAITU aku, NAK STUDY SAMPAI DEGREE!!! Selagi aku ada WILL ni, aku memang nak sambung belajar. Cuma ada sedikit kesukaran dalam proses impian aku yang satu ni nak tercapai. Nak diterima masuk tuu yang masalah. Aku tak kira, aku akan apply sampai la aku dapat!!! Bagi Intake December 2010, aku akan apply lagi. Lepas tu aku pasrah ja. 

Kalau tak berjaya gak, mungkin memang bukan rezeki aku la tahun ni nak sambung belajar. Terpaksalah aku apply SPA atau online jobs yang ada and also apply di mana-mana di bandar. Kalau ada sesiapa yang ada informasi pasal kemasukan universiti ke, tips masuk U ke...apapa yang berkaitan dengan U, leh bagitau aku tak????? Aku betul-betul la berterima kasih kalau ada sesiapa yang sudi berkongsi maklumat atau pengalaman...Terima kasih!!!

Monday, July 5, 2010

Penantian suatu penyeksaan...!

Argh!!!!!!!!!!!!!!!!! rasa macam tak sabar dah aku nak sambung study balik.... Permohonan aku nak masuk UPU dah gagal. Sekarang ni, tunggu rayauan lak... Kalau yang ni tak dapat, terpaksalah apply untuk hujung tahun ni... harapan aku besar nak sambung sampai ijazah. Ini gak harapan keluarga aku dan saudara mara aku... Aku tak samggup nak sambung di universiti swasta sebab menelan kos yang sangat tinggi. Belum masuk makan minum dan penginapan. Universiti tempatan adalah pilihan terbail buat masa ni. MUET aku lak masih lagi lum ada keputusannya. Berjeruk aku ni menunggu.. Maklumlah, calon persendirian.. tunggu surat dari kementerian la jawabnya...

Tapi kalau tak da rezeki aku tahun ni nak smabung belajar, kena la cari kerja dulu.. memang sekarang ni aku kerja, cuma aku nak cuba cari pengalaa yang lain lagi dan juga yang lebih menjamin masa depan aku. Zaman moden ni, susah nak cari kerja. Tapi masih juga banyak penggangur di luar sana. Memang memilih kerja kot....atau bidang yang diceburi dah memenuhi kehendak pasaran... aku pula menjurus dalam bidang telekomunikasi (kejuruteraan).. adalah peluang aku lebih cerah di bidang ni? ah!!! Aku tak peduli itu semua... Yang aku tehu, rezeki ada di mana-mana, cuma kita ja yang kena lebih berusaha. bak kata pepatah 'Rezeki tak datang bergolek', masakan bulan jatuh ke riba.....

aku harap korang yang baca blog aku ni pun tolong doakan yang aku dapat meneruskan hasrat aku ni... Amin.......

Intense Debate Comments