Monday, June 7, 2010

Lagenda Budak Setan.....

Macam tak percaya saja novel yang TERLARIS di Malaysia ni diadaptasikan sebagai sebuah filem..... Saya sanagt suka membaca novel dan novel 'Budak Setan' ni adalah salah satu novel MUST READ bagi saya. Malangnya, saya tidak pernah berpeluang membaca novel tersebut.

Jadi, petang tasi, saya dan dua orang adik saya pergi menonton filem tersebut. Ternyata filem tersebut boleh saya kategorikan sebagai seronok untuk dilihat. Saya tidak tahu sama ada jalan cerita filem tersebut betul-betul menyamai novel asal tetapi ianya agak menarik. (Ini cuma pendapat peribadi saya sahaja)..

Saya sebenarnya tidak begitu menyukai genre romantik, jadi, memang tak sah l kalau saya tidak menguap apabila saya menonton filem genre tersebut. Malang sekali, filem ini pun termasuk dalam genre tersebut, jadi, ada juga saya menguap SEKALI. Itupun pada bahagian pasangan kekasih sedang bercinta..

Saya juga tidak berpuas hati disebabkan keadaan sekeliling. Suasana si dalam pawagam bising. terdapat sesetengah penonton yang tidak menghormati penonton yang lain dengan membuat bising. masalah 'sound system' juga mengganggu konsentrasi saya. Jadi, saya tidak begitu menghayati filem tersebut.

Tetapi saya tetap sarankan kepada penggemar filem Malaysia untuk menonton kisah percintaan di antara Budak Setan dan si gadis Ayu....... saya juga tak sabar menunggu sambungan kisah mereka pa masa akan datang.... Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai 'Lagenda Budak Setan', sila cari di laman Google..hehe

Intense Debate Comments