Wednesday, September 30, 2009

My Cute Niece and Nephew~~





Many of my cousins married already.. well, I'm still young so I don't have to think about it first... But I so happy and lucky... They give me a wonderful, cute, beautiful nieces and nephews... hehehehehehe...

Watching them makes me laugh even it's not funny at all.... All of them are just so cute!!!! hehehehehe

I wonder how they will look like when they grown up..... o.0
And my future kids...hehehehee >o<

Such a Pain!!!!

huhuhuhuhu... I need HELP!!!!!!!! huhuhuhuhuhu......
I'll finish my industrial training in November but I am still not prepared for report and presentation...
Actually I already start to collect all data from my training since yesterday but oh God!!!! I felt my head will EXPLODE!!! I still think that my data is not complete....huhuhuhuhuhuhuhu
I already got report guideline and stuff but I'm still confuse.....

headache....headache....headache... Such a pain.......

You know what, I'll have presentation for this!!!!!!!!!!!! dealing with the report I still can handle it but the presentation????????! I'm still lack of confidence to be on stage..if you know what I mean... STAGEFRIGHT!!hohoho.... o,0

Well, not afraid to much but still have the feeling you know...hehehhehehe

And I'm the FIRST person that will present..........ME!!!!!! huhuhuhuhuhuhuhu

BUt sooner is better... no need to wait for a long time..hehehehe.... So, my nervous is less... hehehe.. Thank God.. [b_d]

Well, back to work.... lalalalalalalalalalalala

Tuesday, September 29, 2009

What a Day!!!



Adui na.... Sakit hati betullah semalam... Geram!!!!!!!!!!! Saya nak online kat CC, jadi nak join adik jalan la. Dia ada kelas malam, so, sementara tungu dia habis kelas boleh la saya online. Tapi budak tu taknak bagi Saya kut lak. Sakit hati betul.. Bukannya selalu saya dapat pergi CC. Di tempat praktikal ni memang la boleh surf internet tapi banyak kena banned. Terpaksa la saya cari alternatif lain... Tapi hampeh......huh!

Sampai sekarang masih makan hati lagi tau... FS, MS, Tagged dll yang saya join da lama tak buka... Adedededede..... Masa baca email, ada yang add la, komen la, mesej la.... adui................

Hm........ Kla.... Masih geram lagi ni.. Next time saya post lagi k... Salam..

Sunday, September 27, 2009

Habis Cuti Raya dah...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Diberi cuti lebih seminggu untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri rasanya memang tak memadai.. (Tamaknya....hehhehe)

Dah la report belum siap, buku log pun belum perfect lagi, tambahan dateline dak dekat. mampus aku!!! huhuhuhu

Tapi, amacam raya korang??? Aku lak..hehehe

Overall ok la.. Walaupun tak banyak rumah saudara mara yang tak visit tapi banyak juga openhouse yang kami pergi. Ni pun belum termasuk undangan hujung minggu ni. sibuk sibuk...hahaha... sibuk nak makan..hehehehe

Gambar lak, huh, banyak... Paling top gambar aku bersama ngan adik yang amat rapat dengan aku... cun gila adik aku... Ramai yang cair kalau tengok dia.... hehehhehe.... (tak salah kan puji adik sendiri..hehehe)

Aku belum edit lagi gambar kami time raya tapi nak tunjuk jugalah muka adik cun ku..hehe, ni hah...gambarnya... of course la ngan aku sekali..haha

ni time nak pergi openhouse kat KK... erm, raya ke berapa ek..hehehe

Sunday, September 20, 2009

Selamat hari Raya Aidilfitri




Salam raya kepada semua..

Saya rasa bersyukur sangat kerana dipanjangkan usia dan dapat menyambut hari yang mulia ini..
seandainya saya ada membuat kesalahan ataupun menyakitkan hati sesiapa sahaja, saya mohon maaf atas ketelanjuran saya.
Saya berharap agar semua umat Islam dapat menyambut hari mulia ini dengan penuh kegembiraan.. Kerana hari tersebut adalah hari kemenangan buat kita..

Wassalam

Monday, September 14, 2009

Sejenak masa Praktikal..huhu~~



Ni nak dijadikan cerita, hari Jumaat lalu tu aku dan Syakirah tengah susun fail.
Kawan ku yang sama-sama praktikal, Nurhazirah, panggil Eyra ja, datang ke tempat kami.
Ye la, kami ditugaskan di seksyen yang berlainan kecuali aku dan Syakirah. Kami ditempatkan di seksyen yang sama tetapi berlainan unit.

Sedang asyik susun fail, timbul juga rasa bosan tu.
Apalagi, kami buat hal la, nak hilangkan boring kan...
Seperti kebiasaan kami..cewaaah... Gila bergambar ni..haha....
Jadi kami main-main la bergambar pelbagai pose..hahahahahahaha
Sambil ketawa-ketawa lagi tu, macam dah sewel..hik hik hik hik ^^

Balik rumah ja, malam tu juga aku edit gambar-gambar tu. biar nampak menarik sikit..hehehehe

==>Yang penting, gempak ofis tu oleh kami... Riuh sikit.. Hilang juga tension staff di sana.. (ye ke???hehehhehe)

Sunday, September 13, 2009

Keluarga Angkat ku di KB

Bulan puasa kali ni aku rasa seronok sangat.... Aku dapat jumpa keluarga angkatku di Kota Belud.. Dah lebih setahun aku jumpa diorang.. Apatah lagi mau hubungi mereka, aku hilang nombor telefon diorang selepas telefon bimbitku kena curi..huhuhu

Aku ke KB dengan kawanku, Syakirah..ala..yang nyanyi Hips Dont Lie tu ke?? Tidak!!haha.. Dia kawan sama belajar dan praktikal sekarang ni. Dia juga sama macam aku, mengikuti PJKN dan juga ada keluarga angkat di sana. Kami dan ibu angkat Syakirah ke KB naik van tau.. Alih-alih, yang jadi pemandu tuuu cikgu PLKN ku dulu. Ya, aku peserta PLKN kumpulan 2 siri 4/2007. heheh...bangga lak.. En Ahmad Tajuddin namanya..ewah.. Dia Ketua Jurulatih di Kem Kubena Sipitang pada masa itu. Ini hanya kerja sampingannya sahaja. sepanjang perjalanan, tak dapat tidur...malu eh... duduk depan lagi tu.. 'Jangan cuba mau lari dari cikgu a..'.. kalau cikgu cakap camtu pa leh buat kan....nasib badan....... oh ya, aku ke sana hari Sabtu lalu.

Pemandangan sepanjang ke KB pun cantik juga ooo. Bukit bukau, kawasan jelapang padi jadi tatapan utama. Lebih-lebih lagi masa tiba di sana. ada juga ambil gambar sedikit.. jadi fotografi jap..heheh.. tapi aku tak dapat post di sini hari ni, lum masukkan dalam laptop ni lagi. nanti-nanti lah a...

Tak pa lah, biar aku buka alkisah lu..Aku jadi keluarga angkat Pn Hjh Sitrah semasa aku mengikuti Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) dan tinggal di rumah diorang mereka selama dua malam. Walaupun tidak lama tapi aku sudah menganggap diorang seperti keluargaku sendiri. Tidak salah bukan untuk mengeratkan silaturahim? kan kan kan...hehehe

Keluarga angkatku adalah keluarga yang besar. Ibu angkat dan sebelas orang anaknya. Suami ibu sudah meninggal dunia. Oh ya, saya membahasakan diri beliau sebagai 'ibu'. Ibu dan anak-anaknya baik sekali denganku. Aku dapat rasa yang aku juga sebahagian daripada diorang . Mereka adalah suku kaum Bajau. Jadi, kalaulah aku lama di sana, mesti aku boleh belajar sedikit bahasa mereka..hehehe.. Aku juga gembira sebab aku juga berkesempatan merasa mempunyai seorang kakak angkat OKU. Jangan salah sangka tau, aku gembira sebab melalui ini, aku serba sedikit menyelami kehidupan seorang OKU. Serta belajar untuk hidup bersama golongan ini. Aku dapati golongan OKU patut diberi perhatian penuh dan disayangi sepenuh hati. Tetapi aku bangga kerana kakak angkatku ini mampu berdikari. Dia tahu mengemas diri, memasak dan sebagainya. bangga bukan kepalang lagi aku.. kembang kempis sudah hidung ni... xp

Aku dapat berbuka puasa dan bersahur dengan mereka. Walaupun cuma untuk satu malam sahaja. Makanan yang disajikan pun amat menyelerakan. Macam jalan jalan cari makan lak..hehe..Terubat juga rindu pada keluarga tersayang. (Baru satu malam...hehe.. anak mama juga aku ni eh.......huhuhuhuhu)

Pada pagi Ahad, Kak Utih, kakak angkatku juga, bawa aku dan tunangnya ronda Kota Belud. Kami juga singgah ke Tamu KB. Aku suka betul, barangan yang dijual kebanyakkannya murah-murah. Apa lagi, aku pun mengambil kesempatan untuk membeli ole-ole.. hehehe.. Siapa taknak barang harga murah ja...yang ori beb!!
Macam-macam aku beli..kerang, serai, ubi manis dan banyak lagi. Bukannya semua tu tak ada di Papar, cuma harganya murah dan kuantitinya lebih banyak. Sendiri juga senyum lebar..heheh

Selain itu, ibu juga bagi pisang yang diambil dari kebunnya, mangga dan kain kurung untuk mamaku. Ibu juga memberi ku duit belanja, aku tu duit raya ye..hehe
Beerti, barang-barang aku bertambah banyak. adui na...tak cukup tangan ni nak bawa.mampus.. Nasib baiklah ada Syakirah. Dia tolong angkat barang-barang aku juga. Kaulah penyelamat aku.....hahah

Inilah jadi kalau kita melawat ke mana-mana. Pergi sikit ja dibawa, balik berlambak-lambak..haha
Cuma aku rasa segan sebab ibu bagi banyak sangat, aku cuma beri buah tangan untuk mereka satu saja, kacang cornflakes buatan mamaku..huhuhu

Tapi kan..dalam syok2 happy, ada juga malang nasib ku ni... masa aku tengah sibuk tolong cuci pinggan mangkuk, hp aku lak habis basah.. Rosak!!!!!! Dah la adikku punya tu... Ye la, dah hp sendiri dah takda.... apa mau jadi la sama aku ni.... memang tak boleh pegang hp mungkin..huhuhuhuhu. nasib baiklah, ada superhero aku, Syakirah..jeng jeng.. Dia bawa dua hp, jadi dia pinjamkan lah satu tuk aku..hehhehee.. muka tembok eh aku ni..

hm...Sedih juga la tak dapat lama-lama di sana. Aku masih perlu teruskan praktikal ku. Kalau tidak...hehehehehe

Walau apapun, mungkin hari raya ni aku dan Syakirah akan ke sana lagi, InsyaAllah, bawa sekali teman-teman yang ikut PJKN dulu.. Lagi ramai lagi syok, Lagi gempak..hehe

Tuesday, September 8, 2009

Visit Kota Belud....yippy!!!!

Yey!!!!! Im sooooo happy and excited..! ^0^

Wanna know why?

Becoz Im gonna visit my family at Kota Belud.. I mean, ADOPT family.. They adopted me when I was joining a program there... hehehee... Its been over a year since I saw them..neither keep in touch with them.. Its all becoz my stupid clumsyness.... I lost their contact number..huhuhuhhuhhuhu..

Now, I have a chance to meet them once again and I will never let it go... I want they know that still REMEMBER them!!! And always love them as I love my family and friends... hehehehehe

I'll go this saturday, sleepover for a night there and coming home at weekend... I'll go there with one of my bestfriend (well, we can have more than 1 bestfriend, right?...hehehheh), Syakirah. We both was joining program there together..so, she also gonna meet her family too... hehehe

Thats all for now.... oh gosh!!!!! I cant wait to go there!!! huhuhuhuhhhuhuhuhuhuhu xp

Monday, September 7, 2009

I FeEL......Aku Rasa

Salam Ramadhan....

Ada sesiapa yang TIDAK PERNAH rasa sakit hati dan kecewa kalau ditipu, difitnah dan dipermainkan...? Kamu sendiri tahu jawapannya bukan...

Saya tak nak menyebut nama sesiapa yang terlibat tetapi orang - orang ini telah menyakitkan hati saya dan insan-insan tersayang...

Mengapa?

Kerana harta dan wang ringgit!!!

Kamu tahu juga bukan apa yang sering dilakukan oleh orang yang punya hasad dengki dan tamak? Demi wang, sanggup tikam belakang, memburuk-burukkan orang lain dan yang paling kejam, menggunakan nama orang yang sudah meninggal dunia.. Jadi, bagaimana hendak mengetahui kesahihan cerita orang-orang durjana ini kalau begini jadinya?!

Sabar adalah separuh daripada iman.. Tetapi kita ni siapa? Kesabaran kita pun ada hadnya kalau perbuatan dah melampau...

Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni... Kena banyakkan bersabar.. Jadi saya berdoa kepada Allah agar sentiada memberi kekuatan dan kesabaran kepada saya dan insan-insan tersayang.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya..

Cuma yang pasti, belum tentu lagi orang - orang durjana ini dapat dimaafkan sebab perbuatan mereka terlalu pedih dan kejam buat kami. Tak mungkin kami bersedia melakukannya.

Mengapa? Sebab....

Kepercayaan kami terhadap mereka telah runtuh, ikatan ukhuwah antara kami dengan mereka mulai goyah...

Selagi perkataan 'MAAF' tidak terkeluar daripada mulut mereka, selagi mereka tidak menyedari perbuatan mereka dan bertaubat....Allah saja yang tahu apa yang bakal terjadi..

Allah akan membalas perbuatan orang-orang durjana ini seadil-adilnya... Kami hanya mampu berserah...

Intense Debate Comments