Thursday, August 27, 2009

Most Sad Waiting For Aidilfitri

When people feel excited for Aidilfitri, I am getting sad each day....
This year will be another year again for my family and I celebrating Aidilfitri without our beloved person, my dad, whose husband of my mother, father of his five children, son of his late parents, brother of his brother and sisters, uncle of his nephew and a very good friend....

I never thought that two years ago, will be our last moment together..... for celebrating Aidilfitri...

A week before my birthday and a day after my brother's birthday, he passed away..... while I'm struggle for my upcoming exam that time, its happen to me....

Whenever i listened "Takbir", my heart felt heavy and tears will falling down... I couldn't help it...

I still so much thing to do, so much to say to him.. I felt like Im greedy, because Im still not quite fel enough live a life with... I always wondering, what will I do if we were given another chance, another day to be with him? How about you, reader? What will you do?

But Im just human being... And I have to accept that everything that lives, will die eventually... I just home, I will live another day so I can repent, pray for Allah, support my family and live my life without regret.

May Allah bless my father.... Amin...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52


Salam kemerdekaaan kepada semua...
Syukur kepada Illahi atas nikmat dan kurniaanNya di negara bertuah ini...

Tanpa kemerdekaan yang dikecapi Tanah Melayu dahulu, pasti takkan wujud Malaysia....
Hargailah detik ini..Laungkanlah Merdeka dengan penuh rasa syukur dan semangat patriotisme...
Berdoalah agar keamanan dan keharmonian negara kita tetap berkekalan hingga ke akhirnya... InsyaAllah...

Tuesday, August 25, 2009

Dilema

Salam... Pernah ada sesiapa di sini yang pernah alami dilema tak? Terpaksa membuat pilihan yang boleh mengubah seluruh hidup kita. Satu keputusan yang kita benar-benar berharap bukan pilihan yang salah. Mengapa saya timbulkan persoalan ini?

Sebab saya sedang mengalami masalah ini. Buat masa ini, saya sedang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan bakal menghabiskan pengajian saya tidak lama lagi.

Masalah saya ialah sama ada ingin meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi atau pun terus memulakan kerjaya. Mungkin ini salah saya sendiri sebab tidak meletakkan matlamat saya dengan jelas.

Matlamat ataupun target saya adalah untuk dapatkan pengajian yang baik dan seterusnya mencari pekerjaan yang baik supaya saya dapat menolong ibu saya menyara kehidupan keluarga. Saya dapati bukan senang menjadi seorang ibu tunggal. Oleh itu, saya tidak mahu ibu menanggung beban ini seorang diri.

Pada awalnya, ibu mahu saya meneruskan pengajian sampailah ijazah, sama seperti hasrat arwah ayah sejak dulu lagi. Beberapa lama selepas itu, ibu mahu saya mencari pekerjaan telebih dahulu, barulah sambung belajar ataupun bekerja sambil belajar.

Melihat keadaan dunia kita pada masa kini, bagi saya agak sukar untuk mencari pekerjaan dengan hanya segulung diploma. Sedangkan graduan ijazah pun banyak yang mengganggur. Tetapi mereka mempunyai lebih besar peluang unuk memperoleh pekerjaan. malahan, kirteria yang diperlukan dalam kebanyakkan jawatan memerlukan ijazah.

Saya ada bertanyakan perkara ini kepada saudara mara terdekat, kesemuanya mahu saya meneruskan pengajian, sehinggakan makcik saya, kakak arwah ayah, menangis teresak-esak mahu saya teruskan. Saya tahu, makcik nak tunaikan hasrat arwah.

Bagaimana dengan kemahuan saya? Saya pernah melepaskan impian saya sewaktu saya sedang memilih tawaran-tawaran yang diberikan kepada saya selepas SPM. Tetapi, akibat keadaan keluarga pada masa itu, saya memilih kos pengajian yang berpatutan dan belajar untuk menyukai bidang yang dipilih, iaitu Diploma in Technology (Telecommunication Engineering). Kini, saya merasa selesa dengan bidang tersebut.

Alhamdulillah, gred saya pun tidak mengecewakan. Oleh itu, sebelum saya tamat pengajian, apa yang harus saya pilih? Padahal, saya sendiri tidak tahu kemahuan saya. saya akui, saya malu dengan diri saya sendiri, kemahuan, cita-cita dan impian saya sendiri saya tidak pasti.

Bak kata, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Walau apapun keputusan saya kelak, saya berharap ianya tidak mendatangkan kemudaratan bagi diri saya sekeluarga. Amin.

Sunday, August 23, 2009

Khas untuk Perempuan

Assalamualaikum wbt...

Pada kali ini, saya postkan khas kepada perempuan-perempuan di luar sana termasuk saya sendiri. Saya harap apa yang saya ingin luahkan hari ini tidak mengguris perasaan mana-mana kaum sejenisku.

Sebelum itu, saya ingin memohon maaf andai saya ada tersalah tutur kata dan perbuatan kepada sesiapa yang singgah ke blog ini.

Pagi tadi, saya mendengar ceramah di siaran radio dan penceramah tersebut membicarakan tentang perempuan. Beliau mengatakan "banyak kaum lelaki yang telah mencapai kesempurnaan namun kaum perempuan hanya sedikit sahaja bilangannya". Kesempurnaan yang dimaksudkan di sini adalah dari segi solat, ibadah, amalan dan lain-lain. Bukannya kesempurnaan sebagai seorang manusia. Kita sememangnya cukup sedar bahawa tiada manuasia yang sempurna. Saya tahu ini ditujukan buat kaum muslimah, tetapi di sini saya ingin memfokuskan kepada semua perempuan.

Persoalannya, "adakah perbuatan, amalan dan kelakuan kita, perempuan, sehari-hari berlandaskan agama dan kepercayaan masing-masing ataupun tidak?"

Saya sendiri binggung dan cuba memikirkan apa yang saya lakukan setiap hari. Saya akui, saya masih banyak kekurangan. Terlalu banyak. oleh itu, saya mesti memperbaiki kelemahan yang ada supaya saya dapat menjadi seorang muslimah yang bukan sahaja berjaya di dunia tetapi juga di akhirat, InsyaAllah.

Seperti yang diriwayatkan dalam Al-Quran dan Al-Hadis, terdapat banyak tokoh muslimah yang boleh dijadikan teladan untuk kita, kaum muslimah sekalian. Antaranya Siti Khatijah, Aisyah, Fatimah Az-Zahra dan lain-lain.

Mereka adalah contoh muslimah yang berjaya. Sepanjang hidup mereka, beribadat dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Siapalah saya hendak menghakimi orang lain? Setiap masa, saya melihat perempuan sebayaku mahupun yang lebih tua ataupun lebih muda, malah bukan saya sahaja, semua orang pun boleh melihat sendiri bukan? bagaimana cara mereka berpakaian, perangai mereka...

Seperti yang saya katakan, saya sendiri bukan juga sempurna. Kadang ada juga melakukan kesalahan. Ada masanya tidak disengajakan dan kadang kala disengajakan. Tetapi logikkah, kalau kita melakukan kesilapan yang 'tidak disengajakan' berulang kali?

Oleh itu, tidak kira muslim atau tidak, sama atau berbeza kaum dan budaya, kita harus sedar siapa diri kita, asal usul kita, adat kita. Peringatan ini adalah untuk saya sendiri dan juga kaum perempuan. Bukan cuma menspesifikkan kepada kumpulan tertentu.

Akhir kata, segala yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk datang dari diri kita sendiri.
Wassalam.

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa


Assalamualaikum wbt...

Sedar atau tidak, tak lama lagi kita nak menjalankan ibadah puasa.. bagi yang berkenaan, faham2 la ah.... hehehehhe...

kalau korang rasa (bagi pompuan) yang masih berhutang tuuu...dah terlambat dah... sebab...

ESOK (22/08/2009) dah puasa..hahahhahahahhaha...

kenalah bayar tahun depan ah...hehehhehehehe

okay lah, next time lagi sambung...

Roger and out..

Sunday, August 9, 2009

Virus H1N1.. ALERT!!!!!





Selesema babi (juga dikenali sebagai A (H1N1)) merujuk kepada
influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang). Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.

Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi wabak selesema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.
Wabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.[15]

Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selesema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selesema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selesema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selesema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka." Diagnosis bagi pengesahan selesema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).

Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .


Nasihat perjalanan ke negara yang terjejas teruk oleh H1N1:

  • Adakah anda perlu keluar negara?
  • Sebelum berjalan ke negara yang terjejas, ketahui mengenai risiko dan langkah mengelaknya. Beritahu mengenainya kepada mereka yang menyertai anda (anak-anak dan pasangan anda).
  • Pastikan insuran perubatan anda adalah terkini dan sah dan ketahui bagaimana menggunakannya. Anda perlu tahu cara mendapatkan bantuan kesihatan semasa perjalanan anda.
  • Anda patut mendapatkan nasihat kesihatan dan cara mengelak dan maklumat terkini dari Badan Kesihatan Sedunia ("World Health Organization - WHO").
  • Sekiranya anda tidak sihat, tangguh perjalanan antarabangsa anda.
  • Semasa mengembara di negara yang terjejas, elak daripada berada di kawasan ramai orang sekiranya tidak perlu.
  • Sentiasa amalkan teknik membasuh tangan secara kerap dan teliti.
  • Makan hanya makanan yang di masak dengan sempurna.
  • Setelah kembali perhatikan kesihatan anda salama 10 hari bagi sebarang symptom sebrlaku seperti demam, batuk, sakit kepala, dan sakit pada bahagian otot.
  • Bagi mereka yang menunjukkan simptom di atas selepas mengembara keluar negara, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
  • Dapatkan maklumat yang berkaitan dengan keadaan di negara tujuan sebanyak mungkin. (Pengumuman mengenai perkembangan terbaru penyakit)

sumber: www.wikipedia.com

My c0meBack!!!!! (& ckit ceta. hehe)


Hello!!!

da lama aku tak log in kat cni..huhuhuhu
cerita aku sekarang leh dikira banyak.. tapi tak pa la..
aku nak juga cerita..hehehehe
aku da masuk sem 7 ni.. sem last for my diploma..
maksudnya....aku da nak graduate.. yey!!! InsyaAllah...
sem ni aku praktikal... aku praktikal di TM..

sepanjang aku praktikal (walaupun baru masuk minggu ke 3..hehe)
leh dikira banyak la juga pengetahuan yang aku dapat... (walaupun takda elaun..huhu)
sesapa yang rasa praktikal tu buang masa.. korang silap..

masa ni la kita mula kenal camna caranya kehidupan berkerjaya...
aku ingat senang ja nak kerja, tapi sebenarnya susah..
senang la kalau da lama kerja.. saya maksudkan yang masih fresh gitu... hehe
itupun bergantung dengan kerjaya yang macam mana..
dpat la juga tips kan...pasal kerja ni... mana la tau...
sana juga praktikal, sana jugalah kerja... ada la knowledge da...hehehehe

bayangkan la.. family kita yang penat lelah cari rezeki untuk kita.. kita cuma menghabiskan
duit dorang saja... Astaghfirullah.... kepada yang BERKENAAN, beringat-ingat la...
aku pun kena ingat sendiri juga.. bila da kerja nanti / dewasa nanti.. leh la balas jasa mak bapa..
salah!! mula dari sekarang la..masa muda-muda ni.. remaja ni.. kita kena buat baik ngan parents kita..
sejuk hati dorang.. (napa aku macam makcik2 ja ni...nasihat orang lak...heheh)

ha...sekarang ni kan heboh pasal virus Influenza A H1N1.. da berapa banyak kematian yang dilaporkan di Malaysia.. belum campur lagi ngan seluruh dunia... lepas post ni nanti, aku akan post 1 lagi for general knowledge mengenai H1N1... ok...

so, elakkan diri daripada virus tu k... aku pun kena hati-hati juga..hehehe... minta doa jauhkan la segala yang tak baik........ Amin..

Intense Debate Comments